Sunday, August 18, 2013

Bila Bahagia Ingin Dicipta......

:::


::: Bila berkahwin dengan orang yang tak sama sikap, minat dan hobi, alasannya payah nak serasi.  Bila berkahwin dengan orang yang sama sikap, sama minat dan sama hobi, alasan diberi adalah bosan dan tiada kelainan.  Kalau selalu mencari dan mencipta alasan; nasi di tangan pun tak mampu ditelan.  Pasangan ertinya saling menyempurnakan.  Bila tak sama, ciptalah kesesuaian.  Bila dah sama, cipta kelainan sebagai kejutan.  Hendak seribu daya, mahu seribu cara! Kalau tak nak, satu alasan menutup segala peluang yang ada..... :::

No comments:

Post a Comment